"Orientalis" Ancaman Kepada Islam




            Orientalis secara kesimpulannya bermaksud golongan barat yang mendalami bahasa timur dan kesusasteraan, dan mereka menaruh perhatian besar tarhadap agama-agama dunia timur, sejarah, adat istiadatnya dan ilmu-ilmunya.
            Sejak perang salib tercetus dengan membawa kepada kemenengan Islam menyebatkan barat semakin tidak yakin untuk menentang Islam dengan ketenteraan. Dari peristiwa itulah, orientalis semakin berkembang sebagai altanatif senjata untuk menyerang Islam secara serangan pemikiran. Barat cuba menggariskan banyak matlamat bagi melemahkan Islam, akhirnya kesan daripada perancangan mereka telah dapat dirasai oleh Negara Islam dan Umat Islam itu sendir.
            Dalam penulisan ini, saya cuba mencari dan menggali corak-corak kajian orientalis terhadap Islam. Bila membaca dan mencari, mungkin bukan saya sahaja yang terkejut terhapat perancangan orientalis ini, kerana seperti tidak ada ruang yang tidak diserang oleh orientalis. Mereka juga telah berjaya meruntuhkan satu persatu kekuatan yang dipegan oleh umat Islam hingga umat Islam lemah dah tunduk kepada Barat dengan mudah.
            Banyak penyelidik-penyelidik Islam cuba menggariskan corak ini, saya cuba meringkaskan kepada lapan corak supaya lebih memahami dan mengetahui situasi sekarang.:

1.      Kajian terhadap bahasa Arab.
Contoh : Bahasa Arab Fushah adalah bahasa yang tidak menyesuaikan dengan perkembangna zaman moderm. Memusnahkan bahasa Arab dan menjauhkannya dari perkembangan zaman, serta menggalakkan aneka lajnah/logat untuk dapat bergeser peran Bahasa Arab yang benar.

Untuk mengekalkan penjajahan Inggeris terhadap Mesir, Perdana Menteri Inggeris William Gladstone, sewaktu berbicara dihadapan sidang parlimen sambil mengacu-acukan Al-Quran ditangannya menegaskan, bahawa : “Selagi bangsa mesir masih berpegan teguh pada Al-Quran, selama itu juga kita tidak akan tenang menjajah mereka.”
            Selepas periswa itu, muncullah tokoh orientalis Perascis Lousis Masignon, sebagai pelopor kempengnya penggunaan bahasa Arab ‘imamiyah dan penulisan huruf Arab dengan huruf latin, dan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan Perancis. Gerakan ni dilancarkan dengan alas an berikut:
·         Penggunaan bahasa Arab Imamiyah lebih mudah dan  praktis kerana tidak terikat dengan Nahu dan sorafnya.
·         Tulisan latin digunakan hampir seluruh bangsa di dunia di samping memudahkan dalam tulisan.
·         Bahasa Arab fushah adalah bahasa yang tidak dapat menyesuaikan dengna perkembangan kemajuan ilmu pengetahuan moderm.
·         Bahasa Arab Fushah sulit dipelajari kerana selalu terikat dengan kaedah nahu dan sarafnya sehingga bahasa arab hanya untuk orang yang terpelajar dan kalangan atasan sahaja.

2.      Kajian terhadap “Firq” Islam atau kumpulan-kumpulan Islam.
Contoh : Kajian-kajian tersebut rata-rata tidak objektif dan sebenarnya memendam tujuan-tujuan tertentu iaitu antara lain melebarkan lagi jurang ketidak persefahaman antara umat Islam .Umpama tulisan S.de Sacy (1758 - 1838 ) mengenai Druz dan agama mereka dan lain-lain.
·         Cuba mengapai-apikan perpecahan umat islam, sehingga umat Islam bergaduh sesama sendiri seperti berlaku di Iraq, Palestin dan beberapa Negara Islam.
·         Mungkin menaja mana-mana firqh dalam Islam.
·         Apabila kesatuan umat islam hancur maka lemahlah kekuatan Islam itu sendiri. Cuba kita perhatikan kekuatan Islam pada masa pemirintahan Islam paling dekat dengan kita iaitu pemerintahan uthmaniah.
Sepatutnya perbezaan pendapat itu adalah hikmah kepada umat Islam dan tidak perlu kerana perbezaan pendapat sanggup berpecah. Kelemahan ini telah di ambil peluang oleh orientalis dengan mengapi-apikan lagi dengan mencipta hujjah-hujjah bagi menguatkan kumpulan Islam masing-masing. Dengan cara itu umat Islam mula bergaduh sesame sendiri seperti berlaku di Iraq, Palestin, Mesir dan lain-lain.

3.      Kajian Terhadap Hadis Rasulullah swt.
Contoh : Mereka mengangap bahawa Hadis nabi adalah karya kaum Muslim di awal abad ketiga dengan tujuan menguatkan kumpulan masing-masing. Antara tokoh Orientalis lain yang mengkaji hadis ialah seperti G.Weil, W.Muin, R.P.A Dozy dan A.Sprenger yang paling awal cuba membuktikan banyak hadis Shoheh adalah palsu.
            Antara tuduhan yang dilakukan oleh hadis ialah :
·         Banyak hadis-hadis yang ada sekarang tidak sampai kepada Rasulullah saw.
·         Terputus sanad yang dinilai dari sudut sejarah oleh para pengkaji orientalis.
·         Menuduh ada kelompok umat Islam yang mengada-ngadakan hadis untuk menguatkan kumpulan-kumpulan masing-masing.
·         Mereka juga menuduh hadis merupakan semata-mata catatan perdebatan agama pada abad pertengahan.
·         Cuma mendhaifkan hadis-hadis yang berada dalam shoheh Bukhari dan Muslim yang diakui shoheh oleh umat Islam.

Kadang-kadang ada Orientalist yang meriwayatkan sesuatu berita palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah atau Al-Qur'an. Ia menyatakan bahawa teks yang ditemuinya ini belum ada dalil yang menguatkannya atau tidak diketahui tarikhnya . Kemudian datang pula Orientalist lain yang mengutip periwayatan itu tanpa menyebut tentang status keraguannya. Selepas itu datang pula Orientalist lain yang menyatakan bahawa ianya memang sah dan terbukti Shahih. Demikianlah hal ini dikutip seterusnya oleh penulis -penulis kebelakangan.Mereka terus merumus dan menyimpulkan sesuatu pengertian daripadanya.
Ignaz Golzihar juga membuat kesimpulan bahwa hampir-hampir tidak ada satu pun  hadis yang boleh dibuktikan sebagai tutur kata Nabi Muhammad saw. atau pun tingkah lakunya. (Orientalis dan Sikap Umat Islam,2006)

4.      Kajian terhadap Nabi Umat Islam terutama Rasulullah saw.
·         Contoh : Mencari cara meragukan fikiran umat Islam terhadap kisah-kisah nabi-nabi terdahulu dengan mencipta kisah-kisah dan menamakan kisah israiliat dan mengaikkan Rasulullah saw dengan penyair, tukang sihir dan lain-lain.
·         Mereka menuduh Rasullah saw. mengagungkan hajarul aswad dengan cerita yang cuba mengelirukan Umat Islam. Dalam serangan ini jelas kita dapat dilihat sampai sekarang dengan melukis karikatur-karikatur yang memburukkan Rasulullah saw.
·         Ramai ilmuah Islam cuba menyanggah cerita-cerita yang diabawa oleh oreitalis ini dengan menulis buku  serta berdebat secara terbuka. Banyak penulisan penulisan seperti buku Sejarah Hidup Rasulullah dan Muhammad saw Difitnah karangan Muhammad ‘Abdul Halim yang menjawab  serangan orientalis ini.

5.      Kajian terhadap sejarah-sejarah Umat Islam termasuk kisah-kisah tokoh Islam.
Contoh : Cuba memutarbelitkan fakta-fakta sejarah Umat Islam terdahulu terutama sejarah kegemilangan Islam yang menguasai dunia.
·         Goldzher adalah antara Orentalis yang licik melakukan kerja seperti ini. Apabila Waki' mengatakan tentang Ziad bin Abdullah bahawa Ziad terlalu mulia untuk berdusta. Goldzher mengatakan Ziad meskipun orang yang mulia dalam hadis namun ia adalah pendusta. Waki' memuji Ziad. Beliau menjadikannya boleh dipercayai. Manakala Goldzher membayangkan sebaliknya.
·         Cuba melenyapkan pengasas-pengasas ilmu dari tokoh islam dengan menaikkan nama-nama tokoh dari kalangan orang Enggeris. Contoh tokoh falsafah dalam sosiologi, pengasasnya ialah Ibnu Khaldum akan tetapi barat memutar belitkan sejarah mengatakan Auguste comte bapak sosiologi dan pengasas.
·         Memutar belitkan peranan ulama dalam memperjuangkan tanah melayu dengan manaikkan nama-nama yang dekat dengan mereka, seperti berlaku di Malaysia. Mereka menaikkan nama-nama orang yang memperjuangkan kebangsaan, sedangkan peranan ulama seperti dihapuskan di dalam catatan sejarah yang memain peranan yang terpenting dalam memerdekan Negara.
·         Selain itu juga, mereka menulis buku-buku tokoh Islam akan tetapi menyelit beberapa tokoh yang sebenarnya  tokoh itu merupakah orang yang menjatuhkan Negara Islam. Dalam sejarah mereka, mereka cuba mengagungkan tokoh itu dan mengatakan tokoh itu merupakan tokoh Islam. Ini berlaku pengalaman saya sendiri apabila membeli buku di pameran buku di sebuah universiti. Tajuk buku “100 Tokoh Islam Terhebat di Dalam Sejarah” yang sangat menarik untuk dibeli. Apabila membaca ada beberapa tokoh yang diragui seperti Kamal Ataturk. Mengikut sejarah sebenar, dia merupakan orang yang merutuhkan kerjaan Islam Uthmaniah sekitar abad ke-19 dahulu. Tapi dimasukkan mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja ke dalam buku itu serta menceritakan kebiakannya terhdap Islam. Ada juga buku tajuk yang sama yang menyebabkan ramai terkeliru dan membeli. Sekarang buku-buku karangan orientalis tersebar dimana-mana seluruh dunia dengan berbagai bahasa.

6.      Kajian terhadap Al-Quran dan menafsirkan untuk mencari kelemahan.
Contoh : Orientalis mendakwa Al-Quran itu percampuran unsur-unsur perjanjian lama, perjanjian baru dan berbagai sumber lain termasukklah pengaruh agama Yahudi.
Ambil dalam tesis nazifi
·         Kajian tentang wanita, pentadbiran dan lain2
·         Tafsir hermanatik merupakan satu metode terbaru dalam menafsirkan Al-Quran. Ada yang mengatakan ada kebaikan dan keburukannya dalam menggunakan tafsir ni. Di katakana metode ini diperkenalkan oleh barat untuk mengkaji Al-Quran secara mendalam. Metode ini digunakan untuk mentafsirkan kitab taurat, injil dan kitab-kitab agama lain. Selepas lahir tafsir ini umat Islam mula bertelagah sesame sendiri dalam menentukan sama ada betul atau tidak penafsiran ini. Kita sepatutnya berhati-hati apabila banda yang dibawa oleh barat terutama perkara yang membawa kepada pergaduhan umat Islam. Insyallah akan dibahas apa itu tafsir hermanatik pada perbincangan akan datang.
·          Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky,  Orientalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab  "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran . Ia merupakan contoh umum dalam bidang ini "
·         Kebiasaan pengkajian terhadap penulisan Al-Quran kebanyakan menemui kegagalan, sehingga ramai yang memeluk agama Islam lewat kajian ini.

7.      Kajian terhdapat Umat Islam dan Pendidikan.
Contoh : Melakukan Kristenisasi terhadap kaum Muslimin. Di antara saranan Krintenisasi, memberikan bantuan kemanusiaan, seperti: Bantuan bencana alam, kasehatan, dan lainya.
·         Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian yang serius menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja memicingkan mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya menulis sekadar sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting untuk menunjukkan betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S.K Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12 halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh  yang terbesar menjadi penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab.
·         Cuba kaitkan jihat dengan panggilan militer supaya nama panggilan jihad ditakuti oleh umat Islam sediri dan agama lain. Mereka tahu umat Islam kuat apabila berpegan pada semagangat jihat.

·         Umat Islam kini harus sedar akan peranan yang dimainkan oleh agensi -agensi berita antarabangsa dalam usaha "propaganda" mereka untuk  memesongkan ajaran Islam yang sebenar.Agensi-agensi berita anrabangsa yang terbesar seperti Asosiated Press (AP), Reuters dan United Press International ( UPI) menggunakan teknik "disinformation" untuk menyalurkan berita kepada masyarakat umum. Agensi-agensi berita ini di samping mencerminkan kepentingan negara Zionis Israel ,juga turut manjadi platform golongan Orientalis bagi menyebarkan berita yang boleh meragukan serta menanam sifat kebencian kepada ajaran Islam kepada umum.Golongan Orientalis ini juga turut memperkenalkan istilah-istilah yang ëmenggerunkan? seperti "Islamic Terrorist" dan "Islamic Bomb" ,yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan fundamentalisme Islam, Fanatik Islam dan Extremis Islam. Kategori yang diberikan ini meletakkan seolah-olah kelompok Islam ini sebagai golongan yang "sesat dan merbahaya" kepada masa depan toleransi peradaban antara barat dan Islam
·         Akibat dari dasar Liberalisme, pengenyahan Syariat Islam, dasar langit terbuka, faham materialism yang bercambah mengakar dengan teguhnya dalam tiap lapangan hidup, penyakit masyarakat semakin merebak dan menular. Kes bunuh, rogol, curi, rompak dan buang anak kian meningkat. Amalan bohsia, lepak dan berbagai macam bentuk salah laku belum berjaya ditangani oleh kebijaksanaan pentadbiran pihak yang bertanggungjawab. Gejala-gejala tersebut bagaikan sumpah laknat Ilahi kepada golongan yang engkar terhadap suruhannya iaitu golongan yang sering patuh menurut telunjuk dan saranan Nasrani dan Yahudi.
Daniel Pipes, seorang oreantalis yanmg banyak menulis dan mengkaji mengenai Islam serta diagung agungkan oleh seseytengah cendikiawan Islam adalah juga orang yang sama menulis satu dokumen mengenai "Muslim Fanatics and US Policy" . Di dalam dokumen ini, Daniel Pipes telah mencadangkan kepada kerajaan Amerika dan sekutunya di benua Arab agar mengambil empat strategi bagi menghadapi golongan fanatik Islam :
·         Mereka jangan sekali-kali memberi sebarang bentuk bantuan kepada golongan fanatik ini, tetapi terus mengadakan hubungan dengan mereka bagi memahami pemikiran serta menilai pengaruh mereka dari semasa ke semasa.
·         Mereka jangan sekali-kali membenarkan golongan ini terlibat dalam kerajaan terutamanya memegang jawatan-jawatan penting yang mana golongan ini akan menggunakan jawatan ini bagi melemahkan pengaruh serta kepentingan Amerika.
·         Di dalam menghadapi golongan fanatik ini, Amerika hendaklah hanya mengadakan hubungan dalam bentuk "Non- Public Contacts" dengan kerajaan negara-negara Arab yang di anggap "Friendly".
·         Amerika jangan sekali-kali membenarkan peminpin-peminpin negara Arab yang "Friendly" ini untuk menentukan 'kaedah dan kondisi' hubungan ini.

8.      Kajian terhadap perundangan Islam dan Negara dikuasi oleh Islam.
Contoh : Horton, Profesor Plilologi Semitik, Universiti Bonn, Jerman telah mempersoalkan apakah hokum Islam mampu mengalami evolusi, keterkaitan  dan teologi Islam. Ia menegaskan sejarah Islam dipengaruhi oleh golongan dahulu.
·         Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undang-undang Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah Inggeris atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika diamalkan akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka seperti ini adalah mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya adalah sesat.
·         Mereka cuba memasuki negera-negara bukan Islam dengan bebagai cara dan dan alas an :
-   Mengambil peluang masuk ketika Negara-negara Islam di timpa musibah yang berlaku.
-   Mengambil peluang dalam menangani penjenayah antarabangsa ‘teroris’ dalam Negara mana-mana dan cuba dikaitkan kaitan dengan Negara barat supaya dapat menyertai dan menghantar tentera atau perisik ke Negara-negara yang dikuasai oleh Islam.
Cuba mengambil peluang masuk dengan alasan membantu dari segi pembangunan, pendidikan, dan lain-lain.
Cuba menguasai pemimpin-peminpin dari Negara Islam dengan kerjasama ekonomi dan pendidikan, contoh Malaysia : kerjasama ekonomi dengan israril dengan Syariat UPCO Sudah banyak yang diperkatakan tentang peri wujudnya APCO Worldwide, sebuah firma perunding perhubungan awam antarabangsa di Malaysia, yang telah dibukti digajikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai perunding imej, media dan perhubungan awam di negara ini.
-   Mereka juga berjaya memastikan Negara-negara yang dijajah meneruskan perundangan yang diperkenalkan oleh barat. Perkara ini menyebabkan orang Islam sendiri menjadi ragu dengan perundangan Islam kerana mereka tidak memahaminya dengan mendalam.

Secara kesimpulan dari penelitian diatas, umat Islam patut sedar akan bahaya gerakan-gerakan orientalis ini dan kesan kepada umat Islam. Barat bertepuk tangan bila Umat Islam bergaduh sesame sendiri, dan barat juga dengan mudah menyerang dan mengalahkan umat Islam selepas umat Islam sudah disuntik dengan jarung-jarung dari Barat sehingga Umat Islam tidak lagi kena jihad (perngorbanan) dalam menegakkan Negara Islam. Dalam perkara ini siapa yang patut disalahkan, Pemimpin? Pendakwah? Atau kita sendiri. Sepatutnya sebelum kita menyalahkan orang lain, kita sepatutnya menanyakan diri kita setakat mana sumbangan kita untuk menhadapi orientalis ini?
  Saya di sini cuba mengariskan beberapa cara, bagaimana cara untuk menghadapi orentalisme ini. Antaranya ialah :
1.      Menguatkan Asas Agama dan Ilmu pengetahuan di dalam diri kita.
2.      Mengenali Orientalis dari segi tujuan, pergerakan, dan perkembangan orientalis.
3.      Mengenal pasti Ancaman-ancaman yang dibawa oleh oreintalis terhadap umat Islam seperti diterangkandiatas.
4.      Menyebarkan apa yang dibawa oleh orientalis dengan menggunakan semua saluran seperti penulisan buku, penulisan artkle di dalam akhabar, blogger, laman web dan media masa
5.      Perlu rapat dengan orientalis supaya dapat mengesan dengan cepat apa yang dibawa oleh orientalis.
6.      Perlu menanam sikap berjaga-jaga apabila orang barat yang bukan Islam mendalami dan mengkaji Islam dan Ilmu-ilmu Islam serta orang barat yang ingin member bantuan dari segi apa pun. Dengan cara ini kita dapat berjaga-jaga daripada orientalis dapat bergerak bebas untuk menruntuhkan umat Islam.
7.      Mengambil berat isu-isu semasa, samaada isu sekitar, negeri dan antarabangsa dengan bacaan-bacaan dan maklumat dari sumbar yang ada.

Akhirnya, walaupun penulisan ini tidak seberapa, berharap dapat mengambil sedikit sebanyak ilmu dan maklumat yang disampaikan. Maklumat di dalam ini di ambil dalam berbagai buku, laman web, blog dan pengajaran di dalam kelas. Sebarang komentar boleh terus ke laman ini.  Sekian…



Rujukan :

H.A. Mannan Buchari, Menyingkap Tabir Orientalisme, (Terbitan AMZAH, cet-1, Jakarta) 2006
Adian Husaini, Hegemoni Krinten-Barat Dalam Studi Islam di Perguruan Tinggi, (Gema Insani, Cet-2, Jakarta) 2006
Dr. Farid Wajdi Ibrahim, M.A., Orientalis dan Sikap Umat Islam, m/s 78, cet-1, Ar-Rijal Institute, Yogyakarta, 2006
Dr. M. Al-Husaini Ismail, Menangkal Propaganda Misionaris, penterjemah: Achman Faozan, cet-1, m/s 321, Jakarta, Pustaka Al-Kautsar, 2004
Dr. Ghazali Basri, Peranan Badan-badan Misionari: Satu Tinjauan, Budaya Ilmu, Petaling Jaya, 1994,
dan beberapa buku lain serta laman web terpilih.


1 comments:

Unknown berkata...

terima kasih, sangat membantu untuk final exam saya.

Catat Ulasan