Mengira Hari dan Jumlah Hari Lahir (ILMU FALAK)

Siri 1 : Pengiraan Hari Menurut Kalendar Masehi


Latar belakang :
            Idea ini mula muncul selepas melihat pelajar dari jabatan Syariah sedang stady group tentang pengiraan-pengiraan dalam ilmu falaq. Kerana minat juga dalam ilmu Matematik dan pengiraan saya cuba mendekati dan melihat perbincangan itu. Ada beberapa benda yang menarik minat saya untuk mengcuba. Walaupun Ilmu falak ini bukan bidang usuluddin, namun tidak salah untuk kita mengetahuinya.
            Selepas beberapa hari, saya mula meneliti dengan meminjam buku-buku yang berkaitan dangannya dan cuba belajar. Agak rumit juga kerana memerlukan masa 5 – 6 jam untuk memahami hanya empat fomular Ilmu Falaq daripada banyak-banyak Fomular. Antaranya Cara mengira hari dalam bulan Masehi, mengira hari dalam bulan Hijrah, dan Mencari tarikh Masehi dalam Hijrah dan Mencari Kalendar Hijrah dalam Bulan Masehi. Untuk dikongsi bersama, siri pertama ini saya cuba kongsi satu formular dahulu bagi mengelakkan terlalu panjang dan bercampur, iaitu menghitung Jumlah Hari mengikut Kalendar Masehi. Fomular lain  akan bersambung pada siri-siri yang akan datang. InsyaAllah...

Pendahuluan.
            Ilmu Falak adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari lintasan benda-benda langit, seperti Matahari, Bulan, Bintang-bintang, dan benda-benda langit lainnya, dengan tujuan untuk mengetahui posisis dari benda-benda langit itu sendiri serta kedudukannya dari benda-benda langit lainnya, agar dapat diambil manfaatnya bagi manusia, khsususnya umat islam dalam menentukan waktu untuk beribadah.

Secara umum Ilmu Falak mempelajari 4 hal, yaitu:
1. Penentuan Arah Qiblat dalam Sholat
2. Penentuan Waktu-waktu Sholat
3. Penentuan Awal bulan kalender Hijriyah dan Masehi
4. Penentuan terjadinya Gerhana Matahari dan Bulan.

            Disini penulis cuba berkongsi satu ilmu dari cabang ilmu falaq yang begitu menarik untuk dikongsi bersama. Dalam nukilan kali ini, saya cuba menghuraikan secara paling mudah untuk difahami bagaimana untuk kita menentukan hari pada tarikh tertentu seperti tarikh lahir, tarikh bersejarah dan lain-lain.
            Memang tidak diakui sekarang sudah ada program secara automatik dapat mengetahui hari pada tarikh-tarikh tertentu sehingga tidak perlu memeningkan kepala dan mengambil masa yang panjang. Tetapi bagi penulis, selepas meneliti fomular-fomular pengiraan secara manual mencari hari dan jumlah hari ini ada fakta-fakta yang hampir kebanyakan orang tidak tahu. Secara ringkasnya cuba diterangkan di bawah ini.
            Cara Pengiraan Tahun Masehi
Sebelum memulakan pengiraan hari dalam tarikh tertentu perlu memahami dan faham beberapa perkara :
1.      Siklus (daur)  Tahun
·         Setiap 4 tahun masehi disebut sebagai daur ( 1 daur = 4 Tahun)
·         1 daur (4tahun) bersamaan dengan 1461 hari.
·         Dalam 4 tahun mempunya 3 tahun pendek(Basitah) dan 1 tahun panjang atau tahun mompat (Kabisah). Tahun pendek 365 hari, dan tahun panjang 366 hari.
2.      Umur Bulan.
Satu tahun Masehi  adalah 12 bulan. Tahun pendek 365 hari dan tahun panjang 366 hari. Adapun hari setiap bulan seperti jadual berikut
Januari
31
Februari
28/29
Mac
31
April
30
May
31
Jun
30
Julai
31
Ogos
31
September
30
Oktober
31
November
30
Desember
31

3.      Fakta Penting lain :
·         Setelah sistem Yustinian itu berjalan lebih XVI abad maka timbul keraguan, sebab matahari sudah berada di titik Ares beberapa hari sebelum tanggal 21 Maret.
·         Paus Gregorius XIII atas saranan Klafius mengadakan pebetulan pada tarikh masehi dengan memotong tanggal sebanyak 10 hari.
·         Tepat pada 4 Oktober 1582, titetapkan esok  bukan tanggal  5 Oktober 1582, tetapi tanggal 15 Oktober 1582. (penundaan itu untuk menyamakan titik Ares Matahari). Penolakan 10 hari itu akan digunakan di dalam pengiraan nanti.
·         Sejak itu satu tahun tidak lagi dihitung 365.25 hari. Akibatnya setiap 400 tahun terdapat selisih 3 hari dalam 400 tahun dengan cara memendekkan tahun ke-4 yang jatuh pada tahun yang tidak habis dibagi 400, yaitu tahun 1700, 1800, 1900, 2100, 2200 dan seterusnya. Sekarang baru menlebihi tiga kali iaitu 1700, 1800, dan 1900, jadi kena tolak 3 hari. Penolakan 3 hari ini juga akan digunakan dalam pengiraan nanti.

CARA MENGHITUNG JUMLAH HARI DAN HARI
1.      Langkah pertama ialah memilih tarikh yang dikehendaki : Contohnya 30 jun 1987.
2.      Mengira sudah berapa hari tarikh itu telah berlalu bermula dari 1 januari tahun 1.
a.       30 – 06 – 1987
Mula mengira jumlah hari.
-           30 tahun + 5 Bulan + 30 hari.
     Tukar tahun kepada daul (1 daul = 4 tahun) rujuk nota diatas.
   Dikira 1986 bukan 1987 kerana 1987 itu masih tidak cukup setahun, begitu juga
belaku pada bulan.
-          1986 ÷ 4 = 496 daul (baki 2 dari bahagi 4 itu adalah tahun)
cara bahagi 496 = daul, manakal baki 2 menjadi tahun.
Cara 2 : 1986  ÷ 4 = 496.5 (0.5 x 4 = 2)

-      496 daul + 2 tahun + 5 bulan + 30 hari
Tukar semua menjadi hari (peringatan 1 daul = 4 tahun = 1461 hari)

-          (496daul  x 1461hari) + (2 tahun x 365hari) + (5 bulan = jan+feb+mac+aprl+may)  + 30 hari.
Jika 5bulan atau seterusnya, kira ikut bil hari bermula bulan 1 iaitu Januari (rujuk nota diatas untuk mengetahui bil hari setiap bulan)

-          724656 + 730 + (5bulan = 31+28+31+30+31) + 30.
-          724656 + 750+151 + 30
-          725567.
Tolak  penundaan hari Gregrius XIII 10 hari dan Ditolak dengan tahun Abad = 3 hari.  (rujuk nota utama diatas)

-          725567 – 10 – 3 = 725554 hari.
Tarikh 30 jun 1987 ialah 725554 hari dari tarikh 01/01/01
Selepas itu dibahagikan dengan 7 ( 1minggu = 7 hari) dan dikalikan 7 kembali seperti dibawah.

-          725554 ÷ 7 = 103650.571
-          Hanya ambil sebelum titik sahaja iaitu 103650 x 7 = 725550.
Seterusnya tolak jumlah sebelum dibahagi 7 dengan selepas dikali dengan 7.

-          725554725550 = 4
-          Kira bermula dari hari sabtu kerana 1 haribulan 1 tahun 1 adalah hari sabtu.
-          Jawapannya 30/06/1987 adalah hari Selasa.

SUDAH BERAPA HARI KITA HIDUP?

Pada mulanya letak dahalu tarikh tarbaru (hari ini) untuk menentukan jumlah hari.
Contoh : 16 May 2010.

a.      16 – 05 – 2010
-           2009 tahun + 4 Bulan + 16 hari.
     Tukar tahun kepada daul (1 daul = 4 tahun) rujuk nota diatas.

-          2009 ÷ 4 = 502 daul (baki 1 dari bahagi 4 itu adalah tahun)
-     502 daul + 1 tahun + 4 bulan ( 31+28+31+30) + 16 hari
Tukar semua menjadi hari (peringatan 1 daul = 4 tahun = 1461 hari)

-          (502daul  x 1461hari) + (1 tahun x 365hari) + 4bulan(120)  + 16 hari.

-          733422 + 365 + 120+ 16.
-          733923.
Tolak  penundaan hari Gregrius XIII 10 hari dan Ditolak dengan tahun Abad = 3 hari.  (rujuk nota utama diatas)

-          733923 – 10 – 3 =733910  hari
Tarikh 16 May 2010 ialah 733910 hari dari tarikh 01/01/01 

Untuk semak betul atau salah, semak tarikh 16 May 2010 jatuh hari apa
Jumlah hari 733910 dibahagikan dengan 7 ( 1 minggu = 7 hari) dan dikalikan 7 kembali seperti dibawah. 
-          733910 ÷ 7 =  104844.286
-          Hanya ambil sebelum titik sahaja iaitu 104844 x 7 = 733908.
Seterusnya tolak jumlah sebelum dibahagi 7 dengan selepas dikali dengan 7.

-          733910733908 = 2
-          Kira bermula dari hari sabtu kerana 1 haribulan 1 tahun 1 adalah hari sabtu.
-          Jawapannya 16/05/2010 adalah hari Ahad.

JUMLAH HARI HIDUP IALAH :

Tarikh Lahir : 30 Jun 1987
Tarikh Hari Ini : 16 May 2010

Jumlah Hari : 30 Jun 1987 = 725554
Jumlah Hari : 16 May 2010 = 733910

Jumlah dari 30 jun 1987 hingga 16 May 2010 : 8356 hari.

Peringatan :
berhati-hati ketika mengira, kesilapan kecil boleh mengeluarkan fakta yang salah.
Jika salah pengiraan atau tidak keluar mengikut kelaendar, emel kan jalan kira ke faez_kel87@yahoo.com
Rujukan :
 - 12 Ogos 1989 (Sabtu)
 - 27 Mac 2001 (Selasa)
 -  10 Okteber 2007 (Rabu)

SELAMAT MENCUBA....

(siri kedua : pengiraan Kelendar Hijrah )
(siri ketiga : Menukar dari Kelendar Hijrah ke Masihi dan sebaliknya)

Disediakan Oleh :
Faizal 

3 comments:

Duniaku berkata...

Hebat3..leh jadi pakar ilmu falak la nanti..

Unknown berkata...

perkongsian yang bermanfaat.Tahniah dan terima kasih.

Unknown berkata...

Kenapa TIDAK SANDARKAN kpd ALQURAN ?
ALQURAN tersilap ke

Catat Ulasan