Rasulullah Panglima Perang Yang Hebat


Pendahuluan
Pada nukilan sebelum ini diceritakan seorang penulis buku yang berketurunan Yahudi membahas buku “100 A Ranking of The Most Influential Person in History” karangannya yang mengejutkan dunia dengan meletakkan Rasulullah saw. merupakkan orang yang paling berpengaruh di dunia. Pemilihan oleh Michael H. Hart ini diterangkan dengan bukti-bukti yang kuat mengapa dia memilih Muhammad sedangkan dia beragama lain. Antara faktor yang diterangkan ialah faktor Muhammad bukan sahaja Nabi umat Islam, tetapi merupakan seorang panglima perang yang hebat dan ditakuti dan dikagumi oleh kawan dan lawan. Di sini akan diterangkan jenis dan peperangan yang pernah dilalui oleh Rasulullah saw secara umum.

Peperangan yang  pernah dialui oleh Rasulullah
Jihad Qital atau jihad melalui peperangan adalah suatu yang tidak asing lagi dari lembaran sirah perjungan Rasulullah saw.  Sepuluh tahuh pemukiman baginda di Madinah selepas peristiwa Hijrah merupakan tahun-tahun yang penuh dengan agenda Jihad Qital. Menurut bancian ahli sejarah, sepanjang Rasulullah saw. di Madinah, tidak kurang dari 70 angkatan perang telah diutus oleh Baginda untuk menghadapi peperangan dengan musuh-musuh Islam dan dari jumlah itu, 28 angkatan adalah dipimpin oleh Baginda sendiri. Ini bermakna, secara purata pada setiap tahun (dalam jangka masa sepuluh tahun), tidak kurang dari tujuh kali Rasulullah saw. dan para sahabat terlibat dengan peperangan dalam usaha mereka meninggikan Islam dan mepertahankan kedaulatannya. (Peperangan Rasulullah saw., 2008)

Keizinan Perang :
            Ketika di Mekah, walaupun umat Islam menghadapi penyeksaan, penindasan dan ancaman bunuh dari pihak kafir Quraish namun mereka tidak diizinkan untuk berperang dan mengangkat senjata, Ini kerana peringkat di Mekkah ada peringkat persediakan dan penyusunan para muslimin untuk menjadi mujahid-mujahid pada masa depan.
            Selepas berlaku hijrah barulah diizinkan perang dengan turunnya surah Al-Hajj ayat 39-40:
39. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
40. Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (Al-Hajj: 39-40)


            Tetapi pada peringakat ini, peperangan belum diwajibkan ke atas mereka. Kemudian Allah SWT.  mewajibkan keatas kaum muslimin supaya memerangi orang-orang kafir Musrikin yang memerangi mereka. Adapun orang-orang Musyrikin yang tidak memerangi mereka maka tidak diperintahkan supaya diperangi. Ini berdasarkan ayat :
190. Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh.(Al-Baqarah: 190)
            Pada peringkat Akhir, Allah swt menurunkan ayat mewajibkan kaum Muslimin supaya memerangi supaya Agama Allah tertegak di mukabumi Allah :
…….dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa. (Al-Taubah:36)
Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah:216)

Katogeri Peperangan yang Dilacarkan Oleh Rasulullah :
            Menurut ulama sirah atau ahli sejarah Islam, peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah saw. terdapat tiga katogeri, iaitu (Ghazwah, Sariyyah, Bi’sah):
1.      Ghazwah
Iaitu peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah saw dan Baginda sendiri bertindak sebagai Amir (panglima)nya.
            Sepanjang Hayat baginda telah memimpin sebanyak 28 Ghazwah. Sembilan daripadanya berlaku pertembungan dengan musuh iaitu :
                                i.            Badar
                              ii.            Uhud
                            iii.            Al-Muraisi
                            iv.            Ahzab
                              v.            Quraidzah
                            vi.            Khaibar
                          vii.            Fathu Makkah
                        viii.            Hunain
                            ix.            Thaif.
Tempoh Rasulullah saw. bergelumang dengan peperangan lebih kurang tujuh tahun iaitu dari tahun ke dua Hijrah hinggalah tahun ke sembilan Hijrah.
2.      Sariyyah.
Iaitu pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Rasulullah saw. di mana baginda melantik seorang Amir (panglima) untuk mengetuainya.
            Jumlah Sariyah yang diutuskan oelh Rasulullah saw. ialah melebihi 50 sariah semunya. Menurut Ibnu Qayyim al-Jauzi: bilangan Sariyah jika dicampurkan sekali dengan Bi’sah ialah hampir 60 semuanya. Jadi secara keseluruhannya, jumlah peperangan yang diharungi oleh Rasulullah saw. dan para sahabat merangkumi Ghazwah, Sariyah dan Bi’sah mecapai angka 80 kali.

3.      Bi’sah.
Iaitu delegasi atau utusan yang duhantar oleh Rasulullah untuk melaksanakan sesuatu urusan.

Peperangan Yang disebutkan di dalam Al-Quran:
        i.            Ghazwah Badar (surah al-Anfal)
      ii.            Ghazwah Uhud (surah Al-Imran)
    iii.            Ghazwah Khandak (surah Al-Ahzab)
    iv.            Ghazwah Bani Quraizah (Surah Al-Ahzab)
      v.            Ghazwah Bani Nadhir (surah al-Haysr)
    vi.            Ghazwah Hudaibiyyah (Surah Al-Fath)
  vii.            Ghazwah Fathu-Makkah (Surah an-Nasr)
viii.            Ghazwah Tabuk (Surah at-Taubat)










Disediakan Oleh :
Faizal

0 comments:

Catat Ulasan