Menyelamatkan Data Dalam CD/DVD Calar

          CD/VCD/DVD merupakan tempat penyimpan data yang semakin ramai digunakan untuk menyimpan data adn maklumat penting. Akan tetapi tempat penyimpangan mudah berlaku kerosakan pada CD seperti calar yang kuat dan menyebabkan data yang ada didalamnya tidak boleh digunakan. Kebiasaan cd yang ada kesan calar ini boleh dibaca tetapi ada yang gagal dibaca sehingga membuatkan sistem error . Ia sering juga berlaku pada cd cerita yang telah lama dan banyak calar-calar.

         Dulu pernah saya mahu copy cd Hadis yang diambil dengan seorang pensyarah, apabila copy tidak semua masuk menyebakan sistem tidak boleh digunakan. Bila disemak balik ada beberapa data penting yang tidak dapat masuk kerana masalah CD yang tercalar. Apabila dihantar ke kedai untuk Burn CD ke CD semua tolak kerana banyak data rosak berpunca masalah CD calar sehingga data hanya masuk separuh. 

        Kerana data dalam cd tu terlalu penting dan susah untuk didapatkan serta untuk kegunaan dalam pembelajaran, maka saya cuma usaha mencari maklumat kedai atau software yang boleh menyelamatkan cd tu, akhirnya bertemu dengan CD Recovery Toolbox yang merupakan salah satu driver untuk menyelamatkan data yang berada di CD yang tercalar. Kebiasaan calar yang berbentuk bulat agak begitu parah untuk dibaiki dan diselamatkan data berbanding dengan garis lurus.

       Program ini berfungsi untuk menyelamatkan semaksimun mungkin data-data yang berada di dalam CD/DVD yang rosak dan menyimpan ke dalam komputer. Untuk yang mahu mencuba boleh mendownload secara percuma di sini : Download CD Recovery Toolbox

Paparan CD Recovery Toolbox :
        Selepas memasukkan CD/DVD tekan Next dan pilih program mana yang mahu disimpan. Kecepatan memindahkan data bergantung kepada tahap kerosakan CD dan saiz program yang hendak dipindah. Umumnya program ini akan disimpan dalam hard disk C dalam folder _CDRestored. Sila pastikan saiz program yang dipindah mencukupi dengan saiz free Hard Disk yang ada.

p/s : Pastikan cd yang ingin diselamatkan itu betul-betul bersih dengan menggunakan pembersih CD atau air dan menyapu dengan kain yang lembut. Bersihkan sehingga CD Recovry Toll dapat membaca isi kandangunan di dalam CD. Selain CD Recovery banyak lagi driver-driver lain yang hampir sama hasil kerjanya untuk menyelamatkan data di dalam CD. Sekian..

Selamat Mencuba....


Daripada:
Faizal

0 comments:

Catat Ulasan