Begitulah keadaan yang berlakui hari ini (9 May 2010) apabila mendengar amaran daripada wakil persatuan mengatakan air Laut naik dan perlu melarikan diri dengan segera.
Kejadian ini bermula dengan gegaran yang berukuran 7.2 SR yang menggegarkan kawasan aceh dengan kedalaman 30 kilomiter jam 12.55 tengahari waktu Indonesia, (1.55 petang waktu Malaysia). Tepat jam 12.55 bermula dari gegaran kecil dan semakin kuat mengejutkan penduduk kampung dan pelajar Malaysia di Aceh. Semua bergegas keluar rumah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Saya waktu itu sedang membuat Makalah tarus bergegas memastikan semua pelajar di rumah tu keluar. gegaran berlaku sekitar 2-5 minit itu sudah cukup membuatkan semua takut dan gementar.
Sebelumnya saya telah mengetahui amaran Thunami dalam internet. Akan tetapi sekadar bersiap sedia sahaja. hampir sejam kemudian datang wakil persatuan memaklumkan air sedang naik dan perlu terus lari ke kawasan selamat. Saya terus ambil barang penting dan melarikan diri (hanya maklum pada Faizul 'Abang Kembar' yang berada di Malaysia tentang situasi untuk siap sedia jika terjadi perkara yang tidak diingini dan tidak terus memaklumkan kepada Ibubapa selagi situasi terkawal) . Dalam masa yang sama juga, kawan yang berada di kota menelefon memberitahu ramai warga kota berlari menuju ke Masjid Baiturrahman (Antara Masjid yang selamat dari Thunami 2004) kerana takut berlaku Thunami. Manakala 4 orang pelajar Malaysia yang menyertai program hari keluarga di pantai sekitar aceh yang sedang mandi terus naik dan melarikan diri selepas amaran thunami dibunyikan.. Keadaan di kawasan bandar menjadi kelam kabut dengan tangisan-tangisan dan orang berlari menyelamatkan diri.
Beberapa jam selepas itu, baru mendapat berita dari pengumuman dari masjid-masjid amaran itu ditarik balik selapas melakukan penelitian. Keadaan menjadi kelam kabut kerana pusat gempa di dalam laut begitu hampir dengan banda Aceh. Semua pelajar Malaysia berkumpul di rumah MES (Rumah persatuan) untuk mendengar arahan seterusnya.
Alhamdullah semua keadaan tenang kembali dan tidak apa-apa yang buruk berlaku. Sebenarnya ni merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan susah untuk digambarkan keadaan sebenar. Antara gempa dan thunami, lebih menakutkan thunami kerana waktu gempa keadaan penduduk hanya sedikit cemas, apabila bunyi thunami keadaan menjadi seakan-akan penduduk berada di tengah-tengah pertempuran dan berlari mahu menyelamatkan diri.

Keadaan kembali tenang dan semua mengucapkan syukur. Cuma beberapa penduduk yang menangis dan sebak kerana mengingati peristiwa besar Thunami. Tetapi cerita ini seakan-akan menakutkan sesiapa sahaja yang ingin dan sedang berada di aceh. Bagi saya, sebenarnya takut itu dimana-mana dan bencana di mana-mana. Selepas beberapa gempa di sini tidak ada lagi pelajar di sini mahu balik kerana takut. tetapi apa yang berlaku pelajar yang balik dan sudah tamat belajar di Aceh mahu datang lagi walaupun sekadar melawat. Yang takut sebenarnya yang tak pernah datang ke sini, dan menyelami bersama kami.
Oleh itu, bagi saya, tidak perlu takut dan yakin Allah bersama kita. Belajar di sini pengalaman begitu banyak dan rasa tidak akan dapat jika belajar di Malaysia. di Indonesia hampir setiap hari berlaku gegaran, rujuk laman web http://www.bmkg.go.id . Rumah dan bangunan disini pun dibina anti gegaran. Adakah kerana gegaran menghalang kita menjelajahi Bumi Allah Ini.
Nukilan ini sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman disini. Apa pun yang berlaku sebenarnya terlalu banyak hikmahnya yang akan saya nukilkan dari masa ke semasa nanti Insyallah.....
Tempat Menarik di Aceh :
1. Melawat bebarapa Masjid yang selamat dari Thunami (terutama Masjid Utama Aceh, Masjid Baiturrahman dan Masjid yang berdekatan pantai)
2. Melihat satu kapal Besar yang dihanyutkan oleh Ombak sehingga tidak mampu untuk di pindahkan ke Air kembali (melihat kebesaran Allah) dan beberapa kapal berada di atas bangunan.
3. Melihat kawasan thunami dan beberapa kubur besar serta muzium.
4. Berjalan ke Pulau Sabang dengan menaiki Feri, pulau ini seakan pulau Langkawi yang mempunyai suasana yang menengkan dan dapat melakukan berbagai aktiviti renang dan rehlah. (pulau ini selamat dari Thunami walaupun berada di tengah-tangah kehancuran thunami) nak tahu jom ke sana.
5. Di Aceh terlalu banyak persisiran pantai yang cantik dan menarik sehingga tak dapat di sebut semunya.
6. Kawasan Air terjun, Air Panas, Air Mata Air, Kawasan Rekriasi dan banyak lagi.
7. Membeli belah dan banyak lagi.
Ramai yang sudah melawat dari bulan 10/2010 hingga 10/05/2010.
Rombongan Perkim dua kali Rombongan, Rombongan Palajar UKM, Rombongan Negeri kelantan, Rombongan Keluarga Pelajar dari Pahang, Rombongan Pengetua Sekolah, Rombongan Pimpinan Parti berbagai Pihak, dan Ramai secara Individu samaada keluarga dari palajar yang mengambil peluang datarng ketika belajar di sini. Akan datang Rombongan peljar dari UIA dan beberap IPT lain, dan Insyllah rombongan dari www.ibnuhussin.com....semua yang datang gembira dan rasa untuk datang kembali.
Sekian......
Faizal

0 comments:
Catat Ulasan