Perjalanan Yang Mecabar Bersama Freedom Flotilla ke Gaza

sebelum serangan

Update Terkini Dari Wakil Malaysia (Mustafa Mansor) Bersama Freedom Flotilla ke Gaza


JAM 8 pagi kami berangkat dari pelabuhan Crete Greece menuju Cyprus. Jangkaan kami tiba sekitar 30 jam perjalanan tanpa henti. Semua nampak bersemangat dan antusias sekali. Semua sudah komit untuk ke GAZA. Ada yang berkata kami sudah siap untuk mati demi Palestin. Terasa indah bila mengenangkan betapa ada hati-hati yang dipilih Allah untuk menyatakan hal tersebut. Apakah itu hanya khayalan atau sebuah janji? Saya merenung jauh ke dalam hati dan sekali lagi saya tidak mahu tanya niat orang dan saya berharap mereka ikhlas dan benar-benar berniat kerana Allah. Semoga Allah membalas kebaikan mereka semua amin..


Sehari suntuk di atas kapal dari Crete, Greece memang sangat mencabar. Tidak dapat dibayangkan bagi mereka yang belum berpengalaman bermusafir melebihi 20 jam non stop dan di laut yang bergelora. Terasa berat sekali (inilah jihad saya memujuk hati). Tapi akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa kerana kepala dan perut tak seimbang. Ambil pil setiap 8 jam juga tidak menyelesaikan masalah. Jawapan yang terbaik ialah berehat hingga akhirnya tertidur. Bangun semula dan tetap masih terasa pusing dan akhirnya laptop hanya dapat di lihat sahaja. Tak mampu berbuat apa-apa.


Terasa bersalah pula kerana seharusnya bukan
ikut konvoi hanya mampu tidur sahaja. Tapi itulah kemampuannya. Semoga Allah mengampunkan segalanya. Setelah 8 jam berada di atas laut enjin mula berbunyi tanda yang tidak baik. Lalu kapten mengarahkan pemandu agar memperlahankan enjin supaya bunyinya hilang. Tetap saja masalahnya ada. Akhirnya terpaksa di baiki oleh mekanik dan dalam masa 30 minit bunyi pun hilang dan bot berjalan semula dengan laju.



 
Setelah mula gelap, kami berharap agar dapat berehat sebentar. Boleh tidur tapi masih terganggu di tengah malam kerana bunyi enjin yang kuat. Sekitar jam 5.30 pagi saya bangun untuk solat subuh, kebanyakannya masih tidur. Suasana damai, tenang dan dingin memberi peluang untuk merenung. Laut yang seluas mata memandang membawa fikiran hanyut di kedalaman lautan yang entah apa isinya. Inilah rahsia Allah yang tidak mungkin kita tembusi  jika tidak ada iman yang mampu menembusinya. Allahuakbar..


 Setelah agak cerah dan matahari mula bersinar kebanyakan aktivis  bangun untuk beraktiviti. Alhamdulillah hari kedua terasa lebih baik kerana mungkin sudah terbiasa. Tapi pil tetap diambil agar lebih bertenaga. Sekitar jam 11 pagi, ada sebuah kapal dari Greece (Group dari Eropah) datang mendekati dan member informasi kapal/bot kami tidak dapat masuk ke Cyprus untuk mengambil beberapa orang aktivis lagi. Jika masuk ke pelabuhan Cyprus kami terpaksa ke airport dan balik terus. Jelas Israel sudah mempengaruhi Cyprus hingga menyebabkan bot tadi tidak dapat mengambil peserta di Cyprus.





Bot dan helikopter marin Cyprus datang mendekati sebagai tanda amaran jika masuk ke kawasan Cyprus maka kami akan dikawal seperti mana yang sewajarnya bagi mereka. Lalu dalam keadaan kelam kabut ini, Huwaida dapat menghubungi Marmara (kapal dari Istanbul Turki) dan kami diterima untuk bersama mereka. Alhamdulillah dalam satu jam kami terpaksa menunggu di bot dengan enjin dimatikan selama 30 minit. Ternyata bila dimatikan enjin, goyangannya amat memeningkan kepala. Alhamdulillah tidak lama kemudiaan kelihatan muncung kapal dari turki sudah kelihatan. Semakin lama semakin dekat dan akhirnya  sejarak 50 meter kapal besar berhenti . Kami dengan segera menghampiri kapal  tersebut dan Alhamdulillah semua dapat pindah ke kapal tersebut dengan selamat.
Alhamdulillah, terasa lega bila dapat melangkah ke kapal Marmara kerana mereka benar-benar siap sedia untuk menerima kami. Setelah melompat masuk kami dibawa ke tempat minum dan sambil menunggu beg-beg kami diperiksa sekuriti. Ada ramai wartawan di sini bahkan ada sebuah bilik khas untuk para wartawan. Ketika kami menghampiri kapal Marmara, laungan takbir memecah keheningan lautan mediteranian. Saya tidak dapat merakamkan keseluruhannya kerana saya juga mesti pindah dan memastikan barang-barang selamat dipindahkan. Akhirnya kami disambut oleh saudara2 dari Malaysia, Arab dll. 

Setelah makan tengahari yang disiapkan oleh pihak IHH dan kami dapat melihat betapa banyaknya makanan yang distok untuk memastikan semua yang berada di atas kapal dapat makan dengan sempurna . Alhamdulillah…



Petikan dari :
http://vivapalestinamapim.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan