Kebiadapan Israel Mecabar Umat Islam

          Sehari sebelum kejadian Kapal Mavi Marmara yang dinaiki lebih 700 sukerelawan ditembak oleh Tentera Israel. Laman wen Haluan Palestin telah memaklumkan bahawa Yahudi telah mengancam akan menyerang kapal-kapal dari sukerelawan yang ingin masuk dan memberi bantuan kemanusiaan kepada Penduduk Gaza yang dibuat sekatan Ekonomi oleh Yahudi. Berita ini disiarkan oleh beberapa laman web, akhbar di seluruh dunia.
             Laman web Haluan Palestin hari ini melaporkan operasi itu dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel, Mayor Jenderal Elizer Marom. 

             Serangan yang dirancang meliputi empat tahap:
              Pertama tahap amaran. Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal daripada menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.
              Kedua, menghentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut  700 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.
              Ketiga, diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantar balik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.
              Keempat, penangkapan sebelum dihantar balik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.
Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

          Tetapi ancaman ini tidak menghalang sedikitpun semangat sukarelawan  hak asasi manusia untuk memberi bantuan dan mereka bertekad akan pergi ke Gaza tanpa menghiraukau ancaman Israel. Freta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gazam menyatakan bahawa
"Tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini

           Hari ini, dengan zalimnya Israel menyerang sebuah kapal yang membawa 15000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubahan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza. Kapal itu membawa lebih 700 penumpang termasuk sukerelawan diserang semasa dalam perjalanan untuk memasuki Gaza. Serangan ini mengakibatkan 20 Syahid dan ramai yang cedera.
         Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.Menegaskan :
Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” 

         Kekejaman Pemerintahan Isreil ini juga telah menjatuhkan imej meraka dan semua yang barkaitan dengan Israel samaada rakyatnya yang tidak berdosa, dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Sepatutnya Malaysia mengambil pengajaran dengan tidak membuat hubungan lansung dengan Israel bukan hanya tidak dibenarkan memasuki Israel di  Pasport Malaysia tetapi tidak membenarkan Isreil masuk ke Bumi Malaysia Rakyat perlu bangkit jika kerajaan tidak membuat sepatutnya dengan cara-cara yang baik dan tidak salah berhimpung membantah kekejaman Israel dan kerjamasa kerajaan terhadap Negara Israel.
         Setiap orang akan bertanggungjawab terhadap masalah ini akan dipertanyakan pada akhirat esok-esok apa yang dibuat untuk membantu saudara seakidah di sana. Pertolongan yang paling ringan bagi penulis ada doa dan solat hajat untuk mereka. Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel, Rakyat Gaza berkabung bagi menghormati syuhada-syuhada yang ditembak oleh Rejim Israil, manakal Hamas pula mengistiharkan Intifada dan menyeru  rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

        Sekarang apa yang telah kita buat untuk saudara kita disana? Perlu diingatkan bahawa Palesti nbukan hanya masalah rakyat Pelestin sahaja. Tetapi masalah ini adalah masalah semua Umat Islam yang mengaku dirinya sebagai Umat Islam. Dalam Al-Quran telah mengingatkan kita akan perilaku Yahudi seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 120:
Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ’sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
         Esok penyerahan Memorandum kepada Pejabat Kedutaan Amareka yang merupakan sekutu kuat Yahudi dalam serangan keatas Palestin. Jumaat Ini (4 Jun 2010) himpunan sejuta umat di depan Kedutaan Amareka selpas solat Jumaat. Insyallah dengan cara ini kita semua dapat memberi tekanan kepada Sekutu-sekutu Israel dengan memalukan dan memulau mereka supaya menghentikan semua keganasan yang dibuat.

1 comments:

editharabenberg berkata...

No Deposit Bonus Code 2021 - Dr.MCD
Casino Free Spins Bonus Codes · 50FSBONUS · 30FSBONUS · 전주 출장샵 75FSBONUS 강원도 출장마사지 · 충청북도 출장마사지 30FSBONUS · 50FSBONUS 김포 출장안마 · 삼척 출장마사지 75FSBONUS · 30FSBONUS

Catat Ulasan